Ahad, 8 Januari 2012

Obesiti Dan kesannyer Diseluruh Dunia

  • Berat badan dan obesiti berlebihan tersebar luas dgn perangkaan 31.6% dan 16.3% masing-masing di Malaysia.
  • 30.9% lelaki dan 32.4% perempuan mempunyai berat badan berlebihan sementara 13.9% lelaki dan 18.8% perempuan adalah obes.
  • Dijangkakan lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta org dewasa berumuer antara 25-64 tahun didapati masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
  • Kurang 1 dalam 2 org dewasa berumur 25-64 tahun samaada mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
  • Obesiti ialah salah satu punca sebab utama orang meninggal dunia(drpd pasukan bertindak obesiti antarabangsa).
  • Pertubuhan kesihatan sedunia WHO memberitahu secara global pada 2005 lebih kurang 1.6 billion org dewasa mempunyai berat berlebihan dan lebih kurang 400 juta org dewasa adalah obes.
  • WHO memberitahu menjelang 2015 lebih kurang 2.3 billion org dewasa akan mempunyai berat badan berlebihan dan 700 juta akan menjadi obes.
  • Kematian akibat daripada diabetes akan meningkat lebih 50% diseluruh dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang(WHO)


Carta Peratusan Obesiti Dan Lebihan Berat Badan Di Dunia




Sabtu, 7 Januari 2012

FAKTA TENTANG AIR

Pentingnya Air Dalam Kehidupan Harian Kita


" Tubuh manusia mengandungi hampir 70% air - jadi tidak menghairankan yang kita perlu terhidrat agar sentiasa kekal sihat." 
  • 60%-70% daripada tubuh adalah air, anggaran 30 liter adalah air bagi seseorang yang berat badannya 50 kilo. Air tubuh memainkan pelbagai fungsi, membawa nutrien ke seluruh organ, menghapuskan hasil buangan tubuh, dan melaraskan suhu tubuh.

  • Tubuh akan terus kehilangan air melalui pernafasan dan perpeluhan sepanjang hari. Jumlah air yg diperlukan untuk tubuh manusia ialah 2  hingga 2.5 liter sehari. Air yg digunakan dalam tubuh bukan saja daripada apa yg anda minum tetapi juga dihitung daripada makanan anda.

  •  Air juga dihasilkan di dalam tubuh melalui metabolismenya. Jumlahnya bergantung kepada usia anda, jantina dan keaktifan anda. Secara umumnya, 40 ml hingga 50 ml per 1 kg berat tubuh adalah perlu utk mengekalkan fungsi tubuh yg sihat.